Maklumat Penternak Berdaftar di Blog ini,
--------------------------------------------
Anda mempunyai stok Lobster Air Tawar utk jualan, pembenihan, pemasaran & kursus? Daftarkan diri/syarikat anda di sini. Saya akan memasukkan senarai nama anda dalam list DISINI (Klik).
Emailkan kepada saya maklumat lengkap mengenai lokasi penternakan/no. tel utk dihubungi/utk tujuan apa dan sebagainya ke 2012.bizz[@]gmail.com
Jika anda sedang mencari Lobster Air Tawar di lokasi berdekatan anda, Sila Klik DISINI
Jika ingin bertanya soalan, sila KLIK SINI
(Sila tukar nama & klik 'Connect')
Terima Kasih,
Bro. azizie

Sila klik untuk menderma. Thanks

Friday, December 24, 2010

CHERAX QUADRICARINATUS (Red Claw Crayfish)

CHERAX QUADRICARINATUS (Red Claw Crayfish)

Merupakan spesis yang diternak secara komersil di pusat-pusat penternakan di sekitar Malaysia dan di negara-negara yang lain. Lobster air tawar jenis ini juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain antaranya tropical blue crayfish, yabby dan lain-lain. Ia ditemui di sekitar Benua Australia dan populasinya juga terdapat di Papuan New Guinea.

Ciri-ciri lobster air tawar jenis ini adalah seperti berikut :

- Lobster Air Tawar sangat aktif pada waktu malam. Pada siang hari pula ia lebih cenderung untuk bersembunyi di kawasan yang lebih gelap seperti di bawah batu-batuan, kayu-kayu ataupun di bawah naungan yang lain.

- Kebiasaannya Lobster Air Tawar yang masih kecil (benih) suka makan sisa-sisa tumbuhan

- Sepanjang hidup seekor Lobster Air Tawar, ia akan melalui beberapa kali proses salin kulit (moulting). Ia akan berlaku sekiranya tubuhnya semakin besar menyebabkan cengkerang lamanya tidak dapat menampung saiz bentuk badan lamanya.dan mikroorganisma kecil (plankton) yang hidup di dalam air. Manakala pada ketika usia dewasa, ia bersifat omnivor. Ia akan memakan segala jenis bentuk makanan yang biasa terdapat di dalam air antaranya tumbuhan, ikan, bangkai dan sebagainya.

- Proses salin kulit banyak kali berlaku ketika umurnya masih kecil dan semakin berkurangan sekiranya umurnya meningkat dewasa.

- Lobster Air Tawar memiliki sifat agresif dan kanibal. Terutamanya jika terdapat persaingan untuk merebut kawasan, makanan dan pasangan. Ia boleh membunuh rakan sejenisnya pada ketika musim penukaran kulit kerna Lobster Air Tawar akan menjadi lemah.

- Kadar kematian boleh menjadi tinggi sekiranya Lobster Air Tawar tidak diselenggara dengan baik antaranya memberikan tempat persembunyian yang sesuai kepada Lobster Air Tawar terutamanya ketika berlakunya proses salin kulit.

- Lobster Air Tawar boleh memanjat menggunakan kesemua capitnya. Capitnya yang tajam juga boleh memutuskan tali dan getah. Penyediaan kawasan peliharaan yang sesuai sangat penting untuk mengelakkan ianya terlepas dari tempat pemeliharaan.

- Pada asal kehidupan Lobster Air Tawar, ia mempunyai satu sifat unik iaitu ia suka berpindah randah di antara satu tempat ke tempat yang lain di kawasan yang mempunyai 4 musim. Namun, di kawasan iklim Malaysia hal yang tersebut tidak berlaku.

- Setelah melakukan proses persenyawaan, apabila Lobster Air Tawar betina mula bertelur ia akan mula menyendiri untuk menjaga telurnya.

- Lobster Air Tawar tidak mempunyai musim-musim yang tertentu untuk melakukan proses persenyawaan. Proses persenyawaan akan berlaku sekiranya keadaan kedua-dua induk Lobster Air Tawar tersebut sihat dan dalam keadaan yang sesuai.

- Induk betina yang baru lepas menetaskan anak benih boleh melakukan proses persenyawaan semula dalam masa yang singkat. Dalam setahun, proses persenyawaan boleh berlaku sehingga 5 kali.

- Lobster Air Tawar boleh hidup selama lebih kurang 80 jam tanpa air pada keadaan suhu yang lembap sekitar 12°C.

- Pada kehidupan asalnya, Lobster Air Tawar suka hidup di kawasan air yang mengalir deras ataupun disekitar paya air mengalir kerana kawasan seperti ini mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan mencukupi kepada Lobster Air Tawar.

- Lobster Air Tawar kurang dijangkiti penyakit. Namun penjagaan air dan pemakanan yang tidak betul boleh menyebabkan ia lemah dan mudah diserang penyakit.

- Sekiranya Lobster Air Tawar hidup di kawasan tanah liat, ia akan mula mengorek tanah sekiranya kawasan tinggal mereka kekurangan air. Ia melakukan hal yang sedemikian untuk mencari kawasan yang lembap.

- Lobster Air Tawar tidak boleh tahan dengan perubahan suhu yang terlalu ketara. Ia boleh menyebabkan badannya lemah dan boleh mengundang kematian.


7 comments:

  1. Salam, saya ada bertanya kepada pegawai perikan dan menurut beliau penternakan red claw tidak dibenarkan di Malaysia. Apa pendapat saudara? Betulke?

    ReplyDelete
  2. ws. memang betul tu, ade beberapa jenis Lobster Air Tawar yang memang tidak dibenarkan utk di ternak di Malaysia. Antaranya, jenis Cherax Distructor. Ianya sangat ganas & boleh mengancam jenis lobster air tawar yg lain. Jika utk tujuan kajian, ianya dibenarkan. (Sumber : Jabatan Perikanan Malaysia)

    ReplyDelete
  3. interested on doing a small business with u.. can u send me a messages of the pricing list to 016-2345262 (chang).. thanks!

    ReplyDelete
  4. Berminat mendapatkan induk udang kara a.k.a crayfish?? Boleh email ke kud6868@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,
      Kami menawarkan induk udang kara pada harga yg bepatutan. Untuk info lanjut email ke safwankhalik@yahoo.com atau j.achey@yahoo.com

      Delete
    2. Jika tuan mempunyai stok induk untuk tujuan Penternakan & Pasaran. Sila emailkan maklumat seperti dibawah kepada Admin. InsyaAllah Admin akan masukkan nama/syarikat tuan di dalam blog ini.

      a) Nama
      b) No. Telefon
      c) Lokasi
      d) Saiz & Harga Jualan.

      Emailkan ke 2012.bizz[@]gmail.com

      Delete
  5. Pm(danielleo_galawis@yahoo.com) info lanjut utk pembelian dan pos ke WP.Labuan

    ReplyDelete