Maklumat Penternak Berdaftar di Blog ini,
--------------------------------------------
Anda mempunyai stok Lobster Air Tawar utk jualan, pembenihan, pemasaran & kursus? Daftarkan diri/syarikat anda di sini. Saya akan memasukkan senarai nama anda dalam list DISINI (Klik).
Emailkan kepada saya maklumat lengkap mengenai lokasi penternakan/no. tel utk dihubungi/utk tujuan apa dan sebagainya ke 2012.bizz[@]gmail.com
Jika anda sedang mencari Lobster Air Tawar di lokasi berdekatan anda, Sila Klik DISINI
Jika ingin bertanya soalan, sila KLIK SINI
(Sila tukar nama & klik 'Connect')
Terima Kasih,
Bro. azizie

Sila klik untuk menderma. Thanks

Saturday, August 8, 2015

Pengenalan



aSSalamualaykum Wbt & Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog lobstermalaysia ini. Blog ini dihasilkan untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung yang berminat untuk menceburi bidang penternakan lobster air tawar.

Saya, Bro. azizie selaku pemilik blog ini berterima kasih kepada anda kerana menjadikan blog saya ini sebagai platform untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai cara & bagaimana untuk menjadi penternak lobster air tawar yang berjaya suatu hari nanti. InsyaAllah, saya akan cuba memberikan info-info yang rasanya sudah cukup untuk anda memulakan ternakan ini walaupun tanpa latihan-latihan praktikal.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan & persoalan. Anda bolehlah emailkan terus kepada saya di alamat email seperti di bawah. InsyaAllah, saya akan cuba sebaik mungkin membantu anda. Terima kasih sekali lagi kerana mengunjungi blog ini.

Sekian, terima kasih.

Bro. azizie
email : 2012.bizz[@]gmail.com

Monday, October 28, 2013

Penjagaan Lobster Bertelur

aSSalamualaykum Wbt & Salam Sejahtera.

Kat sini saye nk kongsi cara penjagaan lobster yang sedang bertelur. Ini cuma sedikit tips pemudahcara untuk memastikan anda mendapat anak benih yang maksima.


1) Asingkan lobster tersebut dari kalangan lobster jantan yang lain. Boleh dicampurkan dengan induk betina yang lain sekiranya sebelum ini duduk di takungan yg sama. Jangan campurkan dengan lobster yg baru, untuk mengelakkan daripada bergaduh antara mereka. Tujuaannya;
   - Untuk mengelakkan proses mengawan sekali lagi yang boleh merosakkan telur sedia ade
   - Untuk mengelakkan dari lobster jantan makan anak benih yang baru menetas
   - Untuk memudahkan proses pemerhatian yang lebih khusus.

2) Pastikan aliran pengudaraan yang digunakan berjalan dengan lancar. Pemberian oksigen yang mencukupi membantu proses pengeraman telur. Seeloknya tambah bekalan oksigen sama ada menggunakan pam oksigen atau pam air tambahan.

3) Jika menggunakan takungan kecil bertingkat (menggunakan aliran air ousing menggunakan water pump), pastikan terdapat penapis disetiap air yang keluar dari takungan induk tersebut. Tujuannya;
   - Untuk menapis anak benih baru yang menetas (dimasukkan semula dalam takungan induknya)
   - Untuk mengelakkan anak benih baru mati akibat bercampur dgn lobster yang lain
   - Untuk mendapatkan hasil yang maksimum.


4) Jaga Pemakanan induk lobster betina yang sedang bertelur.
   - Beri makanan yang secukupnya, gunakan dedak yang mempunyai protein yang tinggi.
   - Tambahan makanan juga digalakkan seperti ubi kentang (kulit) & keledek.

5) Kurangkan proses menukar air yang baru. Kalau boleh jangan tukar air langsung. Gunakan air yang sama, gunakan proses tapisan yang baik untuk memastikan air sentiasa bersih & cerah. Jika terpaksa tukar air, pastikan air yg digunakan telah disimpan lama. Jangan guna air Paip yg baru kerana untuk meneutralkan air paip terpaksa menggunakan anti klorin yang boleh membantutkan proses pengeraman & penghasilan anak benih yang berkualiti.

6) Jangan terlalu kerap mengubah/mengganggu/melihat induk betina yang sedang bertelur. Ini sangat penting kerana, jika lobster betina rasa tertekan akibat gangguan. Ini menyebabkan lobster tersebut akan mengiraikan (membuang) telur yang melekat pada badannya.

7) Letak lobster di kawasan yang tertutup untuk mengurangkan gangguan.

8) Sekiranya lobster tersebut telah selesai menetaskan kesemua anaknya. Jangan diasingkan induk dengan anaknya, ini penting untuk memastikan anaknya membesar dengan sempurna. Jika anak benih telah berumur 1 bulan (1.5 inci), bolehlah induknya dicampurkan dengan induk jantan yang lain. Asingkan takungan anak benih dengan lobster yang lain mengikut umur & saiz.

9) Pemakanan untuk anak benih sangat penting. Gunakan dedak starter yang mempunyai kandungan protein yang tinggi.

10) Semua perkara di atas perlu dibuat pemerhatian dari segi pemberian makanan yang secukupnya & pemberian oksigen yang baik.

INFO : Telur dari induk kebiasaannya boleh menetas hampir 90% dari keseluruhan telurnya jika aturan di atas diikuti dengan sebaiknya. Kuantiti anak benih yang menetas boleh mencecah 600-800 ekor.

Friday, December 24, 2010

Tempat Tinggal & Habitat

KOLAM TANAH

Kolam Tanah merupakan kolam penternakan & pembesaran yg terbaik utk lobster air tawar.
Kadar tumbesaran yg boleh mencecah sehingga saiz maksimun iaitu mencecah 30 cm.
Sekiranya ia ditempatkan di kawasan tanah paya @ sungai, kandungan oksigen serta kadar suhu & PH air yg semulajadi membantu proses tumbesaran ini.
Namun, pengurusan bersistem amat sukar sekiranya ia digunakan utk tujuan pembiakan @ pembenihan.
Oleh itu, disarankan supaya penternak mempunyai kolam pembiakan & pembenihan yg lain menggunakan akuarium @ kolam fiber.




AKUARIUM

Kebiasaannya akuarium hanya digunakan sebagai medium untuk tujuan LAT bertelur. Namun, ia masih boleh digunakan untuk tujuan ternakan yg berskala kecil kerana lebih mudah untuk diuruskan.
Ukuran saiz minima utk sebuah akuarium 3kaki lebar x 4 kaki panjang x 3 kaki tinggi. Ukuran maximum bergantung kepada pengusaha utk menentukannya.
Jika hendak membeli akuarium, penutup atas tidak perlu dibeli sekali kerana ia tidak digunakan serta harganya mahal. Juga ketinggiannya cukup sekadar 3 kaki sahaja.
Pastikan jumlah pasangan induk yang dimasukkan tidak terlalu padat kerana ia boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan proses persenyawaan tidak berlaku.

Letakkan paip PVC bersesuaian sebagai tempat persembunyian kepada Lobster Air Tawar dan ianya juga digunakan untuk mengelakkan gangguan dari Lobster jantan sekiranya ia telahpun mengendong telur.



KOLAM SIMEN

Saiz yang lebih besar adalah lebih baik. Kedalaman air dalam kolam cukup sekadar 2.5 kaki. Pembekalan oksigen secukupnya amat diperlukan samada menggunakan pam oksigen atau air pusing.
Pastikan kolam simen yang baru perlu dibasuh permukaannya terlebih dahulu untuk mengelakkan Lobster mati akibat kesan simen.
Penggunaan lantai jubin sangat sesuai digunakan kerana ia boleh membantu mengurangkan kadar air berpenyakit.
Kolam simen sangat sesuai digunakan untuk tujuan proses pembesaran dan proses pensenyawaan (pembiakan)
Kos untuk menyiapkan sebuah kolam simen agak tinggi tetapi ianya berbaloi.
Penyediaan 7 kolam yang berasingan boleh membantu untuk tujuan penternakan yang lebih bersistem. Asingkan tumbesaran lobster mengikut bulan dan saiz di setiap kolam yang berlainan.



KOLAM BAK FIBER / PLASTIK

Sangat sesuai digunakan untuk tujuan penetasan telur dan proses persenyawaan.
Boleh juga digunakan untuk proses pembesaran tetapi memerlukan saiz kolam yang besar. Namun, ia boleh digunakan untuk penetasan anak benih baru sebelum dipindahkan ke dalam kolam pembesaran yang sebenar.
Harga yang agak mahal tetapi mudah untuk proses pengurusan, pemindahan dan pengubahsuaian.
Air pusing atau tambahan oksigen diperlukan untuk memastikan Lobster Air Tawar ini mendapat oksigen yang secukupnya.
Terdapat pelbagai jenis yang dijual dan boleh ditempah mengikut kehendak penternak itu sendiri. Elakkan daripada menggunakan bak plastik biasa yang boleh menjadikan air dalam takungan berpenyakit.