Maklumat Penternak Berdaftar di Blog ini,
--------------------------------------------
Anda mempunyai stok Lobster Air Tawar utk jualan, pembenihan, pemasaran & kursus? Daftarkan diri/syarikat anda di sini. Saya akan memasukkan senarai nama anda dalam list DISINI (Klik).
Emailkan kepada saya maklumat lengkap mengenai lokasi penternakan/no. tel utk dihubungi/utk tujuan apa dan sebagainya ke 2012.bizz[@]gmail.com
Jika anda sedang mencari Lobster Air Tawar di lokasi berdekatan anda, Sila Klik DISINI
Jika ingin bertanya soalan, sila KLIK SINI
(Sila tukar nama & klik 'Connect')
Terima Kasih,
Bro. azizie

Sila klik untuk menderma. Thanks

Friday, December 24, 2010

Tempat Tinggal & Habitat

KOLAM TANAH

Kolam Tanah merupakan kolam penternakan & pembesaran yg terbaik utk lobster air tawar.
Kadar tumbesaran yg boleh mencecah sehingga saiz maksimun iaitu mencecah 30 cm.
Sekiranya ia ditempatkan di kawasan tanah paya @ sungai, kandungan oksigen serta kadar suhu & PH air yg semulajadi membantu proses tumbesaran ini.
Namun, pengurusan bersistem amat sukar sekiranya ia digunakan utk tujuan pembiakan @ pembenihan.
Oleh itu, disarankan supaya penternak mempunyai kolam pembiakan & pembenihan yg lain menggunakan akuarium @ kolam fiber.




AKUARIUM

Kebiasaannya akuarium hanya digunakan sebagai medium untuk tujuan LAT bertelur. Namun, ia masih boleh digunakan untuk tujuan ternakan yg berskala kecil kerana lebih mudah untuk diuruskan.
Ukuran saiz minima utk sebuah akuarium 3kaki lebar x 4 kaki panjang x 3 kaki tinggi. Ukuran maximum bergantung kepada pengusaha utk menentukannya.
Jika hendak membeli akuarium, penutup atas tidak perlu dibeli sekali kerana ia tidak digunakan serta harganya mahal. Juga ketinggiannya cukup sekadar 3 kaki sahaja.
Pastikan jumlah pasangan induk yang dimasukkan tidak terlalu padat kerana ia boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan proses persenyawaan tidak berlaku.

Letakkan paip PVC bersesuaian sebagai tempat persembunyian kepada Lobster Air Tawar dan ianya juga digunakan untuk mengelakkan gangguan dari Lobster jantan sekiranya ia telahpun mengendong telur.



KOLAM SIMEN

Saiz yang lebih besar adalah lebih baik. Kedalaman air dalam kolam cukup sekadar 2.5 kaki. Pembekalan oksigen secukupnya amat diperlukan samada menggunakan pam oksigen atau air pusing.
Pastikan kolam simen yang baru perlu dibasuh permukaannya terlebih dahulu untuk mengelakkan Lobster mati akibat kesan simen.
Penggunaan lantai jubin sangat sesuai digunakan kerana ia boleh membantu mengurangkan kadar air berpenyakit.
Kolam simen sangat sesuai digunakan untuk tujuan proses pembesaran dan proses pensenyawaan (pembiakan)
Kos untuk menyiapkan sebuah kolam simen agak tinggi tetapi ianya berbaloi.
Penyediaan 7 kolam yang berasingan boleh membantu untuk tujuan penternakan yang lebih bersistem. Asingkan tumbesaran lobster mengikut bulan dan saiz di setiap kolam yang berlainan.



KOLAM BAK FIBER / PLASTIK

Sangat sesuai digunakan untuk tujuan penetasan telur dan proses persenyawaan.
Boleh juga digunakan untuk proses pembesaran tetapi memerlukan saiz kolam yang besar. Namun, ia boleh digunakan untuk penetasan anak benih baru sebelum dipindahkan ke dalam kolam pembesaran yang sebenar.
Harga yang agak mahal tetapi mudah untuk proses pengurusan, pemindahan dan pengubahsuaian.
Air pusing atau tambahan oksigen diperlukan untuk memastikan Lobster Air Tawar ini mendapat oksigen yang secukupnya.
Terdapat pelbagai jenis yang dijual dan boleh ditempah mengikut kehendak penternak itu sendiri. Elakkan daripada menggunakan bak plastik biasa yang boleh menjadikan air dalam takungan berpenyakit.

9 comments:

  1. Saya sekarang menggunakan overhead filter untuk tangki berukuran 3 kaki panjang x 2 kaki lebar x 10 inci tinggi, untuk 7 ekor induk LAT (3 jantan 4 betina). Filter media yang saya gunakan: sponge, charcoal dan gravel. Minta admin komen tentang tangki dan filter media yang saya gunakan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika untuk tujuan persenyawaan tidak menjadi masalah. Namun jika induk betina telah bertelur, seeloknya ianya perlu dipisahkan diantara induk jantan untuk mengelakkan proses persenyawaan berlaku 2 kali dan ia boleh menyebabkan telur yang dibawa rosak.

      Filter yang digunakan sesuai. Boleh membantu proses penghasilan oksigen yang baik. Boleh taburkan sedikit garam makanan untuk tujuan mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

      Delete
  2. salam..ada stok utk saiz 6inch atas x? utk masakan..klu ada sms 0177497853

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ini, Saya tiada stok lobster untuk tujuan induk dan pasaran untuk makanan.

      Delete
  3. salam tuan, kalau bela dalam akuarium 3kaki panjang x 1.5kaki lebar x 1.5kaki tinggi...berapa jumlah ekor yg sesuai di aquarium tersebut yg bersaiz 2 1/2 - 3 inci ?

    ReplyDelete
  4. Hi I want to bring to Thailand.Still life The red claw crayfish.Asking price you sell/kg.Please contact me . E-mail. veevafiles@gmail.com thank you.

    ReplyDelete
  5. Berapa hari udang bertelur dan kita nak asingkan udang tersebut dari warna telur apa

    ReplyDelete
  6. Saya nak cari LAT betina..saya ada jantan 2ekor..saya perlukan 2ekor betina
    Macam mana nak cari??

    ReplyDelete
  7. JBL Indonesia Menyediakan LOBSTER AIR TAWAR (CRYFISH/CRAWFISH) utk bibit & konsumsi. Kami siap suply secara rutin utk lokal & export. Hub : Anto +6282310582889.

    ReplyDelete