Kat sini saye nk kongsi cara penjagaan lobster yang sedang bertelur. Ini cuma sedikit tips pemudahcara untuk memastikan anda mendapat anak benih yang maksima.
1) Asingkan lobster tersebut dari kalangan lobster jantan yang lain. Boleh dicampurkan dengan induk betina yang lain sekiranya sebelum ini duduk di takungan yg sama. Jangan campurkan dengan lobster yg baru, untuk mengelakkan daripada bergaduh antara mereka. Tujuaannya;
- Untuk mengelakkan proses mengawan sekali lagi yang boleh merosakkan telur sedia ade
- Untuk mengelakkan dari lobster jantan makan anak benih yang baru menetas
- Untuk memudahkan proses pemerhatian yang lebih khusus.
2) Pastikan aliran pengudaraan yang digunakan berjalan dengan lancar. Pemberian oksigen yang mencukupi membantu proses pengeraman telur. Seeloknya tambah bekalan oksigen sama ada menggunakan pam oksigen atau pam air tambahan.
3) Jika menggunakan takungan kecil bertingkat (menggunakan aliran air ousing menggunakan water pump), pastikan terdapat penapis disetiap air yang keluar dari takungan induk tersebut. Tujuannya;
- Untuk menapis anak benih baru yang menetas (dimasukkan semula dalam takungan induknya)
- Untuk mengelakkan anak benih baru mati akibat bercampur dgn lobster yang lain
- Untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
4) Jaga Pemakanan induk lobster betina yang sedang bertelur.
- Beri makanan yang secukupnya, gunakan dedak yang mempunyai protein yang tinggi.
- Tambahan makanan juga digalakkan seperti ubi kentang (kulit) & keledek.
5) Kurangkan proses menukar air yang baru. Kalau boleh jangan tukar air langsung. Gunakan air yang sama, gunakan proses tapisan yang baik untuk memastikan air sentiasa bersih & cerah. Jika terpaksa tukar air, pastikan air yg digunakan telah disimpan lama. Jangan guna air Paip yg baru kerana untuk meneutralkan air paip terpaksa menggunakan anti klorin yang boleh membantutkan proses pengeraman & penghasilan anak benih yang berkualiti.
6) Jangan terlalu kerap mengubah/mengganggu/melihat induk betina yang sedang bertelur. Ini sangat penting kerana, jika lobster betina rasa tertekan akibat gangguan. Ini menyebabkan lobster tersebut akan mengiraikan (membuang) telur yang melekat pada badannya.
7) Letak lobster di kawasan yang tertutup untuk mengurangkan gangguan.
8) Sekiranya lobster tersebut telah selesai menetaskan kesemua anaknya. Jangan diasingkan induk dengan anaknya, ini penting untuk memastikan anaknya membesar dengan sempurna. Jika anak benih telah berumur 1 bulan (1.5 inci), bolehlah induknya dicampurkan dengan induk jantan yang lain. Asingkan takungan anak benih dengan lobster yang lain mengikut umur & saiz.
9) Pemakanan untuk anak benih sangat penting. Gunakan dedak starter yang mempunyai kandungan protein yang tinggi.
10) Semua perkara di atas perlu dibuat pemerhatian dari segi pemberian makanan yang secukupnya & pemberian oksigen yang baik.
INFO : Telur dari induk kebiasaannya boleh menetas hampir 90% dari keseluruhan telurnya jika aturan di atas diikuti dengan sebaiknya. Kuantiti anak benih yang menetas boleh mencecah 600-800 ekor.
Assalamualaikum. .
ReplyDeleteNak bertanya boleh ka induk betina yg bertelor duduk sekali dgen induk bertelok yang lain... Dlam 1 bekas
waalaikumsalam...boleh sahabat..asalkan induk yg bertelur tu...sama hari dengan induk bertelur yg lain
Deletesalam tuan. kalau anak dah turun semua dari perut ibunya kalau x diasingkan ibu tu akan makan x anak2 dia?
ReplyDeleteInduk betina x mkn anak dia kecuali induk jantan... Selepas anak membesar 1 ker 1.5 inci blh lah asing kan induk betina dr anak nya...
DeleteAskm tuan, berapa lama proses pengeramanan?
ReplyDelete6-10 minggu
DeleteApa dedak starter adakah ia makanan pelet màkañan ayam?
ReplyDeleteBerapa lama nak tgu telur tu menetas?
ReplyDeleteNak tanye ... sy ade ternak beberapa ekor LAT baru2 ni . Dlm bekas udang tu sy ade letak kayu/dahan . Kdg2 udangnye naik kayu and nk keluar kepale dr air, apa maknanya??
ReplyDeleteTue LAT sedang menyedut oksigen.. Ini 1 langkah yg baik utk pastikan LAT memebesar dgn sihat
DeleteItu bermaksud kandungan oksigen dalam air tuan kurang. Itu adalah perkara normal bg lobster jika tidak mendapat oksigen yg secukupnya.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBerapakah ketinggian air yang sesuai untuk anak lat yang baru menetas?
ReplyDeleteMaaf bertanya,jika induk rasa tertekan dan menanggalkan telur,adakah telur itu akan rosak?
ReplyDeleteSemestinya kerana telur belum mencapai tahap matang . Hehe
DeleteTumpang tanya.klu kita bela lat.kita kena bagi makan.satu hari 2x kan.tapi macam mana klu kita pergi bercuti.tak ada dirumah sahingga satu minggu.dan tak ada orang dirumah.macam mana cara nak bagi mkn lat.samasa kita bercuti.
ReplyDeleteMjjmsb@gmail.com
ReplyDeleteNak tnya...telur lobster jd mcm ad bulu2 tu sbb apa ya..
ReplyDeleteAskm tuan, berapa lama proses pengeramanan
ReplyDelete6-10 minggu tuan.
Delete0174740670 untuk mendapatkan 2 tangki fibre set ternak udang kara bersama induk
ReplyDeletehttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=131306314935768&id=100041691999171
Hye..nk tnya bole... tnda2 awal lat bertelor mcm mana ya ?? Klau lat betina asyik lipat erat je ekor dia hmpir shrian.. tu mmng pkra biasa atw tnda2 dia da mula nk brtelor ??? Makasih tuan...
ReplyDeleteMcam mana nak tahu induk betina bertelur boss
ReplyDeleteNk tnya induk betina tu mmg makan telur dy ke??sbb sy puyya LAT dari byk smpai habis dy mkn xde satu yg tinggal sedang kn dh bg mkn yg cukup tp dy xmkn pown
ReplyDeleteKalau lobster air masin sama ke process dia?
ReplyDeleteSalam..sy nk tumpang tanya..selepas LAT bertelur..perlu ke asingkn yg jantan tu ngn yg betina sdg bertelur..ke bole je di satukan..
ReplyDelete