Sila klik untuk menderma. Thanks
Friday, December 24, 2010
Tempat Tinggal & Habitat
Cara hidup LAT
Penyakit & Rawatannya
Salin kulit (Moulting)
Pemakanan & kitar hidup
Struktur tubuh badan
CHERAX QUADRICARINATUS (Red Claw Crayfish)
Info Lobster Air Tawar 1
Lobster Air Tawar adalah satu satu diantara spesis dalam keluarga udang (Crustacea). Kebiasaannya yang sering kita dengar hanyalah jenis lobster air laut. Lobster Air Tawar ini asalnya adalah dari selatan dunia seperti di Australia. Nama lain bagi Lobster Air Tawar ini ada 3 iaitu crayfish, crawfish, dan crawdad.
Pada awal peringkat penemuan, Lobster Air Tawar hanya dijadikan sebagai bahan hiasan oleh sesetengah pengguna. Namun ia kini telah dijadikan sebagai bahan makanan dan mendapat tempat di pasaran komersil. Keluarga Lobster Air Tawar pula terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ;
a) Astacidae
b) Cambaridae
c) Parastacidae
Lobster air tawar jenis Astacidae dan Cambaridae dikatakan terdapat di bahagian utara dunia, manakala Parastacidae asalnya dijumpai di bahagian selatan dunia, Kebiasaannya Lobster Air Tawar tinggal di kawasan air mengalir, danau, rawa, dan di kawasan pegunungan. Ia juga tinggal di dalam air lumpur. Pendek kata, ia merupakan sejenis haiwan yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan boleh hidup di mana-mana kawasan berair.
Jika dilihat pada peta di atas menunjukkan terdapat pelbagai spesis lobster air tawar & ianya berlainan jenis dari bentuk asalnya mengikut tempat di mana ia dikembang biak. Sehingga kini, terdapat sebanyak 47 jenis spesis yang telah ditemui.
Beberapa jenis Lobster Air Tawar yang sering digunakan untuk tujuan penternakan secara komersil dikalangan penternak di seluruh dunia terutamanya di Indonesia dan Australia adalah seperti Cherax Quadricarinatus, Cherax Papuanus, Cherax Caini, Cherax Distructor, Cherax Lorenzi, Procambarus Clarkii Dan banyak lagi. Jenis Lobst
er Air Tawar yang paling besar saiznya adalah dari jenis Astacopsis Gouldi yang juga dikenali sebagai Tazmania Giant Freshwater Lobster. Saiz tubuh badannya boleh mencecah sehingga 90 cm (36 inci) dengan berat 4 ~ 6 kg seekor. Bentuk tubuh badan lobster air tawar terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu ;
a) Kepala – yang terdiri daripada sesungut (antenna) dan cengkerang keras di bahagian kepala (Rostrum)
b) Abdomen (Badan) – terdiri daripada penyepit besar dan juga kaki (Kaki jalan & Sepit kecil untuk mengambil makanan)
c) Ekor – mempunyai beberapa sirip untuk membantu lobster berjalan. Juga digunakan untuk melindungi telur yang akan melekat pada kaki renang kecil setelah proses persenyawaan dilakukan.
Thursday, December 23, 2010
Pengenalan Lobster Air Tawar
Lobster Air Tawar (Udang Kara Air Tawar) atau nama sainstifiknya Crayfish merupakan antara hidupan ternakan air tawar yang sedang meningkat popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Udang kara juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia. Tempahan & permintaan disekitar ibu negara juga diterima termasuklah permintaan dari serata dunia seperti Jepun, UAE, Dubai & Singapore.
Lobster Air Tawar dikatakan telah mula bertapak di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Pada awalnya ianya cuma dijadikan sebagai udang perhiasan di dalam akuarium di dalam rumah. Oleh kerana potensinya untuk membesar boleh mencecah kepada saiz sehingga mencecah 10 inci maka terdapat beberapa pihak yang cuba untuk menternak untuk tujuan dijual sebagai bahan makanan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang kini sedang menjalankan konsep penternakannya secara besar-besaran. Diketahui umum bahawa masih tidak terdapat penternak-penternak yang serius untuk menternak Lobster Air Tawar ini untuk tujuan komersial seperti membekalkan kepada pasaraya & pasar-pasar awam.
Potensi pelaburan dalam industri udang kara adalah sangat cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangkamasa singkat. Pihak kerajaan sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kepada semua penternak-penternak menceburi bidang penternakan Lobster Air Tawar ini dengan memberikan bantuan berbentuk pinjaman kewangan.
Oleh itu, kita perlu rasa bertuah kerana telah diberi peluang yang cukup luas untuk mengembangkan industry perikanan di dalam Negara di samping meningkatkan taraf hidup kita. Semoga usaha yang berterusan di kalangan penternak dapat memajukan serta menaikkan kembali nama Lobster Air Tawar di mata masyarakat Malaysia amnya serta masyarakat dunia umumnya.