Maklumat Penternak Berdaftar di Blog ini,
--------------------------------------------
Anda mempunyai stok Lobster Air Tawar utk jualan, pembenihan, pemasaran & kursus? Daftarkan diri/syarikat anda di sini. Saya akan memasukkan senarai nama anda dalam list DISINI (Klik).
Emailkan kepada saya maklumat lengkap mengenai lokasi penternakan/no. tel utk dihubungi/utk tujuan apa dan sebagainya ke 2012.bizz[@]gmail.com
Jika anda sedang mencari Lobster Air Tawar di lokasi berdekatan anda, Sila Klik DISINI
Jika ingin bertanya soalan, sila KLIK SINI
(Sila tukar nama & klik 'Connect')
Terima Kasih,
Bro. azizie

Sila klik untuk menderma. Thanks

Friday, December 24, 2010

Tempat Tinggal & Habitat

KOLAM TANAH

Kolam Tanah merupakan kolam penternakan & pembesaran yg terbaik utk lobster air tawar.
Kadar tumbesaran yg boleh mencecah sehingga saiz maksimun iaitu mencecah 30 cm.
Sekiranya ia ditempatkan di kawasan tanah paya @ sungai, kandungan oksigen serta kadar suhu & PH air yg semulajadi membantu proses tumbesaran ini.
Namun, pengurusan bersistem amat sukar sekiranya ia digunakan utk tujuan pembiakan @ pembenihan.
Oleh itu, disarankan supaya penternak mempunyai kolam pembiakan & pembenihan yg lain menggunakan akuarium @ kolam fiber.




AKUARIUM

Kebiasaannya akuarium hanya digunakan sebagai medium untuk tujuan LAT bertelur. Namun, ia masih boleh digunakan untuk tujuan ternakan yg berskala kecil kerana lebih mudah untuk diuruskan.
Ukuran saiz minima utk sebuah akuarium 3kaki lebar x 4 kaki panjang x 3 kaki tinggi. Ukuran maximum bergantung kepada pengusaha utk menentukannya.
Jika hendak membeli akuarium, penutup atas tidak perlu dibeli sekali kerana ia tidak digunakan serta harganya mahal. Juga ketinggiannya cukup sekadar 3 kaki sahaja.
Pastikan jumlah pasangan induk yang dimasukkan tidak terlalu padat kerana ia boleh mengganggu keselesaan dan menyebabkan proses persenyawaan tidak berlaku.

Letakkan paip PVC bersesuaian sebagai tempat persembunyian kepada Lobster Air Tawar dan ianya juga digunakan untuk mengelakkan gangguan dari Lobster jantan sekiranya ia telahpun mengendong telur.



KOLAM SIMEN

Saiz yang lebih besar adalah lebih baik. Kedalaman air dalam kolam cukup sekadar 2.5 kaki. Pembekalan oksigen secukupnya amat diperlukan samada menggunakan pam oksigen atau air pusing.
Pastikan kolam simen yang baru perlu dibasuh permukaannya terlebih dahulu untuk mengelakkan Lobster mati akibat kesan simen.
Penggunaan lantai jubin sangat sesuai digunakan kerana ia boleh membantu mengurangkan kadar air berpenyakit.
Kolam simen sangat sesuai digunakan untuk tujuan proses pembesaran dan proses pensenyawaan (pembiakan)
Kos untuk menyiapkan sebuah kolam simen agak tinggi tetapi ianya berbaloi.
Penyediaan 7 kolam yang berasingan boleh membantu untuk tujuan penternakan yang lebih bersistem. Asingkan tumbesaran lobster mengikut bulan dan saiz di setiap kolam yang berlainan.



KOLAM BAK FIBER / PLASTIK

Sangat sesuai digunakan untuk tujuan penetasan telur dan proses persenyawaan.
Boleh juga digunakan untuk proses pembesaran tetapi memerlukan saiz kolam yang besar. Namun, ia boleh digunakan untuk penetasan anak benih baru sebelum dipindahkan ke dalam kolam pembesaran yang sebenar.
Harga yang agak mahal tetapi mudah untuk proses pengurusan, pemindahan dan pengubahsuaian.
Air pusing atau tambahan oksigen diperlukan untuk memastikan Lobster Air Tawar ini mendapat oksigen yang secukupnya.
Terdapat pelbagai jenis yang dijual dan boleh ditempah mengikut kehendak penternak itu sendiri. Elakkan daripada menggunakan bak plastik biasa yang boleh menjadikan air dalam takungan berpenyakit.

Cara hidup LAT



KEHIDUPAN & TEMPAT TINGGAL

AIR

Air terbaik adalah air dari gunung yg sentiasa mengalir kerana mengandungi cukup oksigen. Begitu juga air sungai dan paya.

Air paip juga boleh digunakan, tetapi perlu dinyahklorin @ disimpan 2~3 hari sebelum digunakan. Ini kerana pertumbuhan Lobster Air Tawar mungkin boleh terbantut dan memerlukan masa yang lama untuk ia pulih kembali.
Kadar pH air yg sesuai adalah pada kadar neutral pH7, manakala suhu bagi air pula sekitar 26°~28°C. ianya boleh diukur dengan menggunakan thermometer dan alat pengukur PH air yang terdapat di pasaran.

Air yg terlalu kotor perlu diganti mengikut kesesuaian. Air yg kotor boleh mengubah warna kulit & menyukarkan proses pemerhatian induk bertelur & salin kulit

Gunakan pam air yg sesuai berkadaran dengan saiz kolam yg digunakan. Kaedah pusing air membantu membekalkan oksigen kepada ternakan lobster anda.

Lakukan kerap pemerhatian utk memastikan air yang digunakan tidak berpenyakit.



OKSIGEN

Lat memerlukan oksigen secukupnya utk proses tumbesaran.

Kekurangan oksigen boleh membantutkan tumbesaran & menyebabkan kematian.

Kandungan oksigen semula jadi boleh diperolehi daripada air yg mengalir @ menggunakan pam udara.

Ketika LAT sedang mengalami proses bertukar kulit, ia memerlukan oksigen yg larut dalam air kerana LAT tidak akan berganjak kemana-mana utk mendapatkan oksigen.

Kedalaman air juga mempengaruhi kandungan oksigen. Sekiranya kedalaman air tinggi, oksigen yg banyak perlu dibekal & dikekalkan.

Penyakit & Rawatannya

PENYAKIT & RAWATANNYA

- Lobster Air Tawar merupakan sejenis hidupan yang lasak & kurang mendapat penyakit.

- Penyakit yang biasanya menjangkiti Lobster kebiasaannya berpunca daripada air yang digunakan.

- Antara penyaki yang dikaitkan dengan Lobster Air Tawar serta cara merawatnya adalah seperti berikut :

· Ricketsiae – virus : Cara mengatasinya ialah dengan menggunakan antibiotic yang sesuai untuk merawat Lobster tersebut

· Nekrosis – bakteria : terdapat kesan luka pada Lobster. Cara mengatasinya ialah dengan menguarantin (asingkan) dan diberikan antibiotic yang sesuai

· Parasite – cacing : boleh menyebabkan Lobster betina tidak dapat bertelur (mandul). Cara mencegahnya, ditaburkan sedikit garam di dalam kolam ternakan selang sebulan sekali.

Salin kulit (Moulting)


SALIN KULIT (MOULTING)

- Merupakan proses rutin yang akan berlaku sekiranya udang kara ingin membesar.

- Pada keadaan ini, pengasingan atau pemberian tempat persembunyian seperti paip pvc yang telah dipotong pendek boleh membantu untuk mengurangkan kadar kematian lobster tersebut. Pastikan saiz bulatannya juga sesuai.

- Proses ini akan terjadi disebabkan oleh kerangka luarnya yang tidak akan ikut membesar sejajar dengan tumbesaran badan Lobster Air Tawar tersebut. Untuk itu ia, harus keluar dari kerangka lamanya dan membentuk kerangka yang baru.

- Ketika proses salin kulit ini berlaku, badan Lobster akan menjadi lemah dan akan mengambil masa lebih 24 jam untuk menjadikan ianya keras seperti biasa.

- Kadar kematian pada ketika salin kulit amat tinggi. Proses salin kulit berlaku lebih dari 10 kali sepanjang tempoh pembesaran.

- Proses penukaran kulit pertama akan berlaku seminggu selepas anak benih terlerai (menetas) dari kantung ibunya.

- Lebih kurang 30% kadar kematian dicatatkan pada ketika berlakunya proses salin kulit ini. Kebiasannya berpunca dari kegagalan ketika hendak salin kulit, serangan penyakit dan juga diganggu oleh lobster yang lain.

Pemakanan & kitar hidup

PEMAKANAN

- Merupakan sejenis binatang yang aktif pada waktu malam, maka pemberian makanan yang lebih hendaklah dilakukan pada waktu malam. (1/3 siang & 2/3 malam)

- Memakan semua benda termasuk tumbuhan, ubi-ubian, bangkai dan binatang yang hidup di dalam air seperti ikan.

- Kandungan nutrisi yang seimbang diperlukan. Ia mestilah mengandungi karbohidrat, protein, lemak, mineral dan vitamin.

- Untuk mempercepatkan proses tumbesaran benih, digalakkan untuk menghasilkan plankton sendiri kemudian barulah dilepaskan benih ke kolam pembesaran.

- Untuk tujuan penternakan kanvas, palet udang merupakan makanan utama. Ubi kentang dan ubi keledek digunakan sebagai makanan tambahan. Selain itu, pemberian isi ikan dan cacing tanah juga dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kurang untuk menjaga kualiti air.

- Pemberian makanan yang secukupnya akan mempengaruhi kadar pertumbuhan Lobster tersebut. Terlebih memberi makanan boleh menyebabkan air mudah kotor.

- FCR @ 1:8 – dengan menggunakan 800gram makanan boleh menghasilkan 1 kg daging.

- Kebiasannya terdapat 2 jenis palet di pasaran iaitu Plater Starter (untuk anak benih) dan Palet Grower (untuk pembesaran).

Struktur tubuh badan


Struktur tubuh badan pada seekor lobster air tawar dapat menentukan jantinanya. Iaitu :

a) Garisan merah pada sepitnya menunjukkan ia adalah lobster jantan.
b) Saiz cepit yang lebih besar di kedua-duanya juga menunjukkan ia adalah jantan.
c) Pada lobster jantan terdapat satu benjolan kecil di kaki hujung, manakala pada betinanya ia memiliki satu benjolan bulat kecil pada kaki ke tiga.
d) Sifat yang lebih agresif juga terdapat pada lobster jantan.



CHERAX QUADRICARINATUS (Red Claw Crayfish)

CHERAX QUADRICARINATUS (Red Claw Crayfish)

Merupakan spesis yang diternak secara komersil di pusat-pusat penternakan di sekitar Malaysia dan di negara-negara yang lain. Lobster air tawar jenis ini juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain antaranya tropical blue crayfish, yabby dan lain-lain. Ia ditemui di sekitar Benua Australia dan populasinya juga terdapat di Papuan New Guinea.

Ciri-ciri lobster air tawar jenis ini adalah seperti berikut :

- Lobster Air Tawar sangat aktif pada waktu malam. Pada siang hari pula ia lebih cenderung untuk bersembunyi di kawasan yang lebih gelap seperti di bawah batu-batuan, kayu-kayu ataupun di bawah naungan yang lain.

- Kebiasaannya Lobster Air Tawar yang masih kecil (benih) suka makan sisa-sisa tumbuhan

- Sepanjang hidup seekor Lobster Air Tawar, ia akan melalui beberapa kali proses salin kulit (moulting). Ia akan berlaku sekiranya tubuhnya semakin besar menyebabkan cengkerang lamanya tidak dapat menampung saiz bentuk badan lamanya.dan mikroorganisma kecil (plankton) yang hidup di dalam air. Manakala pada ketika usia dewasa, ia bersifat omnivor. Ia akan memakan segala jenis bentuk makanan yang biasa terdapat di dalam air antaranya tumbuhan, ikan, bangkai dan sebagainya.

- Proses salin kulit banyak kali berlaku ketika umurnya masih kecil dan semakin berkurangan sekiranya umurnya meningkat dewasa.

- Lobster Air Tawar memiliki sifat agresif dan kanibal. Terutamanya jika terdapat persaingan untuk merebut kawasan, makanan dan pasangan. Ia boleh membunuh rakan sejenisnya pada ketika musim penukaran kulit kerna Lobster Air Tawar akan menjadi lemah.

- Kadar kematian boleh menjadi tinggi sekiranya Lobster Air Tawar tidak diselenggara dengan baik antaranya memberikan tempat persembunyian yang sesuai kepada Lobster Air Tawar terutamanya ketika berlakunya proses salin kulit.

- Lobster Air Tawar boleh memanjat menggunakan kesemua capitnya. Capitnya yang tajam juga boleh memutuskan tali dan getah. Penyediaan kawasan peliharaan yang sesuai sangat penting untuk mengelakkan ianya terlepas dari tempat pemeliharaan.

- Pada asal kehidupan Lobster Air Tawar, ia mempunyai satu sifat unik iaitu ia suka berpindah randah di antara satu tempat ke tempat yang lain di kawasan yang mempunyai 4 musim. Namun, di kawasan iklim Malaysia hal yang tersebut tidak berlaku.

- Setelah melakukan proses persenyawaan, apabila Lobster Air Tawar betina mula bertelur ia akan mula menyendiri untuk menjaga telurnya.

- Lobster Air Tawar tidak mempunyai musim-musim yang tertentu untuk melakukan proses persenyawaan. Proses persenyawaan akan berlaku sekiranya keadaan kedua-dua induk Lobster Air Tawar tersebut sihat dan dalam keadaan yang sesuai.

- Induk betina yang baru lepas menetaskan anak benih boleh melakukan proses persenyawaan semula dalam masa yang singkat. Dalam setahun, proses persenyawaan boleh berlaku sehingga 5 kali.

- Lobster Air Tawar boleh hidup selama lebih kurang 80 jam tanpa air pada keadaan suhu yang lembap sekitar 12°C.

- Pada kehidupan asalnya, Lobster Air Tawar suka hidup di kawasan air yang mengalir deras ataupun disekitar paya air mengalir kerana kawasan seperti ini mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan mencukupi kepada Lobster Air Tawar.

- Lobster Air Tawar kurang dijangkiti penyakit. Namun penjagaan air dan pemakanan yang tidak betul boleh menyebabkan ia lemah dan mudah diserang penyakit.

- Sekiranya Lobster Air Tawar hidup di kawasan tanah liat, ia akan mula mengorek tanah sekiranya kawasan tinggal mereka kekurangan air. Ia melakukan hal yang sedemikian untuk mencari kawasan yang lembap.

- Lobster Air Tawar tidak boleh tahan dengan perubahan suhu yang terlalu ketara. Ia boleh menyebabkan badannya lemah dan boleh mengundang kematian.


Info Lobster Air Tawar 1

Lobster air tawar (Freshwater Crayfish) juga di kenali sebagai Udang Kara Air Tawar. Pada awalnya Malaysia sudahpun menerima kewujudan & kehadiran lobster air tawar ini sejak tahun 2000 lagi. Namun oleh kerana kurangnya pendedahan tentang proses penjagaan & penternakan lobster air tawar ini menyebabkan ianya tenggelam tanpa berita.
Lobster Air Tawar ini dikatakan berasal dari Queensland, Australia. Terdapat juga beberapa spesis yang berasal dari Benua Amerika & Benua Eropah. Kebanyakannya yang diternak di sekitar Malaysia & Indonesia didatangkan dari benua Australia. Kesesuaian iklim asia menyebabkan para penternak mengambil inisiatif untuk menternak lobster air tawar ini.

Lobster Air Tawar adalah satu satu diantara spesis dalam keluarga udang (Crustacea). Kebiasaannya yang sering kita dengar hanyalah jenis lobster air laut. Lobster Air Tawar ini asalnya adalah dari selatan dunia seperti di Australia. Nama lain bagi Lobster Air Tawar ini ada 3 iaitu crayfish, crawfish, dan crawdad.

Pada awal peringkat penemuan, Lobster Air Tawar hanya dijadikan sebagai bahan hiasan oleh sesetengah pengguna. Namun ia kini telah dijadikan sebagai bahan makanan dan mendapat tempat di pasaran komersil. Keluarga Lobster Air Tawar pula terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ;

a) Astacidae

b) Cambaridae

c) Parastacidae


Lobster air tawar jenis Astacidae dan Cambaridae dikatakan terdapat di bahagian utara dunia, manakala Parastacidae asalnya dijumpai di bahagian selatan dunia, Kebiasaannya Lobster Air Tawar tinggal di kawasan air mengalir, danau, rawa, dan di kawasan pegunungan. Ia juga tinggal di dalam air lumpur. Pendek kata, ia merupakan sejenis haiwan yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan boleh hidup di mana-mana kawasan berair.

Jika dilihat pada peta di atas menunjukkan terdapat pelbagai spesis lobster air tawar & ianya berlainan jenis dari bentuk asalnya mengikut tempat di mana ia dikembang biak. Sehingga kini, terdapat sebanyak 47 jenis spesis yang telah ditemui.

Beberapa jenis Lobster Air Tawar yang sering digunakan untuk tujuan penternakan secara komersil dikalangan penternak di seluruh dunia terutamanya di Indonesia dan Australia adalah seperti Cherax Quadricarinatus, Cherax Papuanus, Cherax Caini, Cherax Distructor, Cherax Lorenzi, Procambarus Clarkii Dan banyak lagi. Jenis Lobst

er Air Tawar yang paling besar saiznya adalah dari jenis Astacopsis Gouldi yang juga dikenali sebagai Tazmania Giant Freshwater Lobster. Saiz tubuh badannya boleh mencecah sehingga 90 cm (36 inci) dengan berat 4 ~ 6 kg seekor. Bentuk tubuh badan lobster air tawar terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu ;

a) Kepala – yang terdiri daripada sesungut (antenna) dan cengkerang keras di bahagian kepala (Rostrum)

b) Abdomen (Badan) – terdiri daripada penyepit besar dan juga kaki (Kaki jalan & Sepit kecil untuk mengambil makanan)

c) Ekor – mempunyai beberapa sirip untuk membantu lobster berjalan. Juga digunakan untuk melindungi telur yang akan melekat pada kaki renang kecil setelah proses persenyawaan dilakukan.

Sebagai pengenalan kepada tujuan penternakan lobster air tawar ini, fokus utama jenis lobster yang akan digunakan adalah dari jenis Red Claw atau lebih dikenali sebagai Cherax Quadricarinatus

Thursday, December 23, 2010

Pengenalan Lobster Air Tawar


Lobster Air Tawar (Udang Kara Air Tawar) atau nama sainstifiknya Crayfish merupakan antara hidupan ternakan air tawar yang sedang meningkat popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Udang kara juga telah menjadi sebahagian menu biasa restoran makanan laut di beberapa negara Asia termasuk juga Malaysia. Tempahan & permintaan disekitar ibu negara juga diterima termasuklah permintaan dari serata dunia seperti Jepun, UAE, Dubai & Singapore.


Lobster Air Tawar dikatakan telah mula bertapak di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2000 lagi. Pada awalnya ianya cuma dijadikan sebagai udang perhiasan di dalam akuarium di dalam rumah. Oleh kerana potensinya untuk membesar boleh mencecah kepada saiz sehingga mencecah 10 inci maka terdapat beberapa pihak yang cuba untuk menternak untuk tujuan dijual sebagai bahan makanan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang kini sedang menjalankan konsep penternakannya secara besar-besaran. Diketahui umum bahawa masih tidak terdapat penternak-penternak yang serius untuk menternak Lobster Air Tawar ini untuk tujuan komersial seperti membekalkan kepada pasaraya & pasar-pasar awam.

Potensi pelaburan dalam industri udang kara adalah sangat cerah. Dengan harga pasaran dan permintaan yang tinggi tersebut, ia mampu memberi pulangan lumayan dalam jangkamasa singkat. Pihak kerajaan sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama kepada semua penternak-penternak menceburi bidang penternakan Lobster Air Tawar ini dengan memberikan bantuan berbentuk pinjaman kewangan.

Oleh itu, kita perlu rasa bertuah kerana telah diberi peluang yang cukup luas untuk mengembangkan industry perikanan di dalam Negara di samping meningkatkan taraf hidup kita. Semoga usaha yang berterusan di kalangan penternak dapat memajukan serta menaikkan kembali nama Lobster Air Tawar di mata masyarakat Malaysia amnya serta masyarakat dunia umumnya.



Wednesday, December 22, 2010

PENTING !! - PENAFIAN

Assalamualaykum Wbt.

Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

Segala isi kandungan yang terdapat dalam blog ini merupakan hasil bacaan, pengalaman & hasil perkongsian ilmu daripada teman-teman sepenternakan. Oleh itu, sebarang ilutrasi & maklumat yang disiarkan bukanlah hak peribadi pemilik blog.

Sekiranya anda tidak berpuas hati terhadap isi kandungan blog ini, sila adukan kepada saya. Tindakan susulan sama ada membuang gambar/petikan akan dilakukan serta merta tanpa sebarang syak wasangka.

Jutaan kemaafan secara langsung & tidak langsung kepada mereka-mereka yang terlibat sama ada pemilik asal gambar/petikan kiranya bahan tersebut tidak diminta izin untuk disiarkan terlebih dahulu.

Ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi maklumat & memberi keizinan kepada saya untuk menyiarkan petikan/gambar di dalam blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

Bro. azizie
Pemilik Blog..

Tuesday, December 7, 2010

Induk dan Pembenihan

* untuk dapatkan senarai benih/induk boleh check kat bahagian 'Harga / Jualan'

Jika berminat untuk indukan Import, ada 2 jenis je yg tgh nk diusahakan proses mengimport. InsyaAllah, jika dah cukup peserta yg menempah. Proses mengimport akan dilakukan pada waktu berikut;

Import induk Class A

Date » 31 Januari 2011
Diimport dari » Sekitar Indonesia
Dihantar ke » Bahau, Negeri Sembilan
Tempat ambilan » Bahau, Negeri Sembilan / Seri Kembangan, Selangor

Maklumat ringkas induk yg diimport

Saiz induk = ± 12.5 cm (5 inci)
Harga 1 set =
Jumlah = 3 Jantan & 5 Betina
Kos Import = RM35
Jumlah keseluruhan =
------------------------------

Saiz induk = ± 17cm (7 inci)
Harga 1 set =
Jumlah = 3 Jantan & 5 Betina
Kos Import = RM35
Jumlah keseluruhan =

Jika anda berminat, sila hubungi no yang berkaitan


Proses Penternakan

Bahagian ini masih dalam penyelenggaraan. Sebarang kesulitan amat di kesali.

Kelebihan LAT (Pemakanan & Penternakan)

Kelebihan Ternakan Lobster Air Tawar (Penternakan)

- Kadar kematian yang sangat rendah
- Tidak mudah diserang penyakit
- Harga pasaran yg sangat tinggi
- Sesuai dengan iklim di Malaysia
- Kos & pemakanan yang sangat murah & mudah
- Penjagaan yang tidak membebankan
- Boleh dipasarkan dalam keadaan hidup
- Boleh diternak dalam kolam, akuarium, kanvas dll
- Kadar bertelur sebanyak 2 ~ 4 kali setahun
- Penetasan telur yang boleh mencecah 1000 ekor
- mempunyai pasaran yg luas kerana kurangnya saingan

Khasiat & Kelebihan Lobster Air Tawar (Pemakanan)

- Rasa yg hampir sama dengan Lobster Laut
- Kurang lemak (Kolestrol) berbanding lobster air laut
- Sesuai untuk mereka yg alahan makanan laut
- Rasanya lebih enak & sedap
- Lebih murah jika dibandingkan dgn lobster air laut
- Mempunyai kandungan Omega3 yg tinggi

Sumber : Carian internet

Monday, December 6, 2010

Info Lobster Air Tawar


Pengenalan

Lobster Air Tawar (Freshwater Crayfish) adalah satu satu diantara spesis dalam keluarga udang (Crustacea). Kebiasaannya yang sering kita dengar hanyalah jenis lobster air laut. Lobster Air Tawar ini asalnya adalah dari selatan dunia seperti di Australia. Nama lain bagi Lobster Air Tawar ini adalah 3 iaitu crayfish, crawfish, dan crawdad. Lobster Air Tawar pula terbahagi kepada 3 jenis, iaitu ;

a) Astacidae
b) Cambaridae
c) Parastacidae

Lobster air tawar jenis Astacidae dan Cambaridae dikatakan terdapat di bahagian utara dunia, manakala Parastacidae asalnya dijumpai di bahagian selatan dunia, Kebiasaannya Lobster Air Tawar tinggal di kawasan air mengalir, danau, rawa, dan di kawasan pegunungan. Ia juga tinggal di dalam air lumpur. Pendek kata, ia merupakan sejenis haiwan yang mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan boleh hidup di mana-mana kawasan berair.

Pemakanan

Hasil pencarian di internet dan kunjungan di kawasan penternakan & pembenihan menunjukkan reaksi mengatakan Lobster Air Tawar ni makan apa sahaja yang boleh di makan. Kiranya, bab makan memang mudah bagi lobster jenis air tawar ni. So, xde la masalah susah nak mendapatkan bahan makanan atau makanan terlalu mahal. Sebab sumber makanan dia ada di sekeliling kita jer. Dari jenis sayur-sayuran, haiwan & palet udang.
Oleh kerana, lobster ini merupakan sejenis haiwan yang aktif pada waktu malam, maka pemberian makanan yang lebih hendaklah dilakukan pada waktu malam pada kadar 30% di waktu siang & 70% di waktu malam. Ada juga sesetengah penternak yang cuma memberi makan hanya pada waktu malam.

Pembenihan/Pembiakan

Pada kebiasaannya, Lobster Air Tawar dah boleh bertelur pada ketika umurnya 5 hingga ke 6 bulan. Namun ada juga yang melaporkan ianya bole mula bertelur pada umur yg lebih awal dari itu. Bilangan telur yang mampu dihasilkan oleh seekor lobster muda lebih dari 200 biji. Jika umurnya mencecah dewasa, telur yang dihasilkan boleh meningkat sehingga 1000 biji.
Kebarangkalian untuk anak-anak tersebut menetas dan membesar adalah lebih 80%. Ini menunjukkan bahawa ianya mempunyai ketahanan badan yang sangat kuat jika hendak dibandingkan dengan penternakan ikan air tawar. Mudah dijangkiti penyakit dan sebagainya.

Penjagaan

Lobster Air Tawar sangat mudah untuk dijaga. Oleh kerana ia hidup di air tawar, maka air yang paling sesuai adalah air gunung yang mengalir. Ini kerana, ia adalah air semulajadi yang mengandungi kandungan oksigen yang tinggi.
Bagaimana jika menggunakan air paip? Tidaklah menjadi masalah untuk menternak lobster menggunakan air dari sumber yang telah dirawat seperti air paip. Air tersebut hendaklah dipastikan tidak mengandungi klorin yang terlalu banyak. Selain itu, sistem oksigen hendaklah dipasang untuk memastikan lobster mendapat kandungan oksigen yang mencukupi untuk membesar dengan baik.
Kualiti air juga hendaklah dijaga dengan baik. Sekiranya air takungan lobster tersebut mempunyai bakteria yang boleh mendatangkan penyakit kepada lobster. Besar kemungkinan ia akan mati kesemuanya. So, penjagaan air & oksigen amat penting untuk proses tumbesaran lobster air tawar.